BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 26, 2009

think thank

think about it, it's worth it :)

this is our journey to the world, from a little baby, to a big 'manusia'.
Our
mother sacrifies everything :)


ohh, this is malay version :)

Aku dibesarkan dalam perut seorang ibu yang suci dan bersih. Sembilan bulan aku di dalam perut beliau. Pada jam 8.24 pagi, aku telah keluar dari perutnya, dengan darah yang mengalir-ngalir.Aku menangis teresak-esak "uwaaa..uwaaa !!!". membingungkan pale otak para nurse.

umur 1 tahun, ibu memberiku makanan, minuman. ibu juga memandikan aku. tetapi, aku membalasnya dengan menangis sepanjang malam. membuat beliau tidak dapat melelapkan matanya.

Semasa aku berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk aku. Aku membalas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai.

Semasa Aku berumur 4 tahun, ibu membelikan aku crayon. Aku membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa aku berumur 5 tahun, ibu membelikan aku baju baru untuk Hari Raya. Aku membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak.

Semasa aku berumur 7 tahun, ibu menghantar aku ke sekolah. Aku membalas budinya dengan menjerit ‘’SAYA TIDAK MAHU KE SEKOLAH’’.

Semasa aku berumur 10 tahun, ibu menghantar aku ke kelas tuisyen, membawa aku shopping, menghantar aku ke rumah kawan dan lain-lain lagi. aku membalas budinya dengan langsung tidak menoleh ke belakang dan tidak mengucapkan ‘’TERIMA KASIH, MAK’’.

Apabila berumur 11 tahun, ibu membelikan aku sebiji bola sepak. aku membalas budinya dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap jiran aku.

Semasa berumur 12 tahun, ibu menasihatkan aku supaya tidak terlalu banyak menonton TV. aku membalas budinya dengan asyik menonton TV tanpa menolongnya mengemaskan rumah.

Apabila aku berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut aku yang kurang sopan dan terikut-ikut dengan budaya barat. aku membalas budinya dengan mengatakan ibu tak ada ‘’TASTE’’ dan ‘’KETINGGALAN ZAMAN’’.

Apabila aku berumur 16 tahun, ibu ingin mendakap aku setelah penat balik dari tempat kerja sehari suntuk. aku membalas budinya dengan mengunci diri aku dalam bilik.

Apabila aku berumur 17 tahun dan lulus dalam peperiksaan, ibu menangis kegembiraan. aku membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana terlalu syok enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila aku berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar aku ke universiti, mengangkat begku dengan kasih-sayang sampai ke hostel. aku membalas budinya dengan tidak bersalam dengan ibu di luar dorm kerana takut dilihat oleh rakan-rakan sebaya.

Apabila aku berusia 20 tahun, ibu bertanya dengan rasa prihatin samada aku ada boyfriend/girlfriend ke?? aku membalas budinya dengan berkata ‘’IBU NI KEPOHLAH, SIBUK NAK TAU HAL PERIBADI ORANG!!’’.

Apabila berumur 21 tahun, ibu bertanya apakah cita-cita aku?? aku membalas budinya dengan mengatakan ‘’SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU; MISKIN DAN PAPA KEDANA!!’’.

Apabila aku berumur 23 tahun, aku mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri yang mewah. Ibu membelikan baju baru untuk aku memulakan kerja baru. aku membalas budinya dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila aku berumur 25 tahun, aku berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa sayangnya ibu kepada aku. aku membalas budinya dengan berpindah 300 Kilometer jauh dari ibu tanpa menelefon untuk mengetahui khabar ibu aku di kampung.

Apabila aku berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak aku. aku membalas budinya dengan mengatakan ‘’ZAMAN SEKARANG LAIN LAH IBU!!!’’.

Apabila aku berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan mengenai majlis kenduri di kampung. aku membalas budinya dengan berkata ‘’SAYA SIBUKLAH!!’’

Apabila aku berumur 50 tahun, ibu aku jatuh sakit dan memerlukan kasih-sayang dan penjagaan yang rapi. aku membalas budinya dengan melawat ibu sekali dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera.

Dan pada suatu hari, aku mendapat panggilan dari orang kampung yang mengatakan bahawa ibu aku telah meninggal dunia dan sudah di kebumikan. Pihak hospital telah menelefonku berulang kali, tapi disebabkan aku terlalu sibuk dengan urusan kerja, aku tidak mempedulikan handphone aku yang berbunyi.

Dan tidak sempatlah aku mencium dan menatap wajah ibu buat terakhir kali dan meminta ibu memaafkan segala dosaku terhadap ibu….

think about it, before it's too late.

watak AKU itu, boleh menjadi siapa-siapa saja, mungkin, kamu, dia atau aku sendiri


i love you, mummy :)

nite. selamat puase,again.

0 comments: