BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 14, 2010

Bagaimana untuk belajar kerana Allah?

Demi memartabatkan bahasa melayu, hari ini saya berbahasa melayu :)


Assalamualaikum w.b.t.

Kadang-kadang saya terfikir. Bagaimana untuk belajar kerana Allah?

Biasanya mesti nak belajar sebab nak berjaya nak dapat A. nak jadi engineer la doctor la sume.Tapi dah lame la jugak terfikir. macammane nak berjaya kerana Allah?

=========>jawapan<=========
(grabbed from other web)

Belajar kerana Allah ialah apabila kita sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan hanya kerana Dia.

Kita diciptakan sebagai hamba dan juga Khalifah di bumi Allah. Sebagai Khalifah, kita memikul tanggungjawab dalam memakmurkan bumi ini. Iaitu dengan menyebarkan kesejahteraan dan keselamatan yang telah digariskan agama yang luhur budi pekerti; Islam.

Mengapa Allah mahu kita menjadi seorang yang berilmu? Dan mengapa dikatakan bahawa dengan ilmu itu, tinggilah darjatnya?

Ini kerana, dengan ilmu kita mampu membantu ummah. Dengan ilmu dan kepakaran kita juga, kita seolah-olah mendapat kelebihan dan mandat untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Dengan kepakaran ilmu, kita dapat mengembalikan ilmu yang telah disekularkan menjadi ilmu yang benar-benar tulus dan suci dari Tuhan.

Selalu juga kita alami bila pergi ke tempat-tempat tertentu, kita tak jumpa bangunan yang cukup lengkap prasarana dan kemudahan untuk Muslim. Surau jika ada pun terlalu sempit. Kemudahan untuk saudara yang kurang upaya juga tiada. Ada juga kes bangunan-bangunan yang mudah retak, tidak kukuh dan sebagainya. Ia lahir daripada kurangnya sifat amanah pembina dan pemaju. Kita tak nampak ia satu amal kebaikan untuk ummah bila kita buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Hanya nampak keuntungan dan kepuasan diri untuk dunia.

Alangkah indahnya jika semuanya itu bersandarkan kerana Allah dan untuk Allah. Jika seorang Jurutera Muslim mempunyai kepakaran dan ilmu membuat bangunan, dan ia dibuat kerana Allah dan untuk Allah, tentu dia mengambil jalan ini untuk berbuat pahala dan mendatangkan kebaikan kepada siapa saja.

Banyaknya kelebihan menuntut ilmu dan pakar dalam ilmu.

Namun, harus diingat bahawa ia bukan wasilah (jalan) untuk jadikan diri kita megah atau hebat. Kita hanya khalifah. Kita perlu memakmurkan bumi ini dengan ilmu Allah. Ilmu adalah wasilah yang sangat berkesan untuk menegakkan Islam di bumi Allah.

Semuanya hanya kerana Dia. Semuanya hanya kerana memenuhi permintaan Sang Kekasih yang mahukan kesejahteraan meliputi segenap maya. Jadi, kitalah agennya.

Tetapi, secara jujurnya, saya masih belum mengerti. mungkin banyak lagi yang perlu dipelajari. tetapi, semoga kita sama-sama menuntut ilmu dan meniti ke gerbang kecemerlangan ikhlas kerana Allah.

InsyaAllah~
Ameen.

0 comments: